Bila Rindu

Jumaat, 28 Januari 2011

Notis

Tarikh  : 28 Januari 2011
Hari     : Jumaat
Waktu  : 9.30 malam
Tempat : Kolej Harun Aminurrashid

Peristiwa:
Aku baru sahaja keluar daripada pintu lif. Ketika aku melangkah keluar, aku tertarik untuk melihat sebuah notis yang tertampal di papan kenyataan. Notis tersebut berkitan dengan pemberitahuan penempahan tiket untuk pulang ke Terengganu. Namun notis tersebut mempunyai kesalahan berbahasa. Notis tersebut tertulis "jom balek tganu. Upc-tRg-uPc. kMmn-dGn-mRg-Kt". Aku terpaksa membaca notis tersebut sebanyak tiga kali untuk memahaminya.

Catatan:
Penulis notis telah melakukan kesalahan berbahasa iaitu menggunakan singkatan perkataan yang sukar difahami dan kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Selain itu, penulis juga melakukan kesalahan ejaan. Contohnya Upc. Seharusnya penulis harus menggunakan perkataan UPSI.






Inilah notisnya. 

Amalan mulia

Tarikh  : 28 Januari 2011
Hari     : Jumaat
Waktu : 8.30 malam
Tempat : Kolej Harun Aminurrashid


Peristiwa:
Aku sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai makan untuk membeli makanan malam. Ketika ini, hujan renyai-renyai.  Ketika aku melintasi pintu pagar kolej, aku melihat seorang pelajar berlari-lari anak sambil membawa barang yang banyak. Secara tiba-tiba, salah satu barang yang di bawa terlepas daripada pegangannya. Seorang pelajar lain yang melalui jalan yang sama hadir menghulurkan bantuan kepada pelajar tersebut. Pelajar tersebut sempat mengucapkan terima kasih sebelum berlalu pergi.

Catatan :
Sebagai manusia kita perlu menerapkan sikap membantu dalam kehidupan seharian. Tidak salah membantu orang yang dalam kesusahan. Melalui peristiwa di atas, terdapat insan yang sedia membantu dan bantuan itu dihargai walaupun dengan sekadar ucapan terima kasih.J



Bantu-membantu adalah amalan yang mulia








Ayamazz Roti Impit

Tarikh  : 28 Januari 2011
Hari      : Jumaat
Waktu  : 11.30 pagi
Tempat : Kolej Keenam Universiti Putra Malaysia (UPM)

Peristiwa:
Pada hari ini, aku telah menghadiri satu seminar di UPM. Seminar tersebut anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) UPM. Aku dan rakan-rakan yang lain telah tiba di Kolej Keenam pada pukul 10.00 pagi. Namun pihak pengurusan tidak menyediakan sarapan pagi dan hanya menyediakan makanan tengah hari. Aku dan rakan-rakan yang lain sudah terasa lapar kerana tidak sempat bersarapan pagi tadi. Aku bertanyakan kepada urusetia mengenai kedai yang paling dekat menjual makanan di kolej tersebut. Urusetia tersebut menunjukkan kepada kami sebuah kedai yang paling berhampiran. Setiba sahaja aku di kedai tersebut, aku terlihat sebuah papan tanda yang tertulis Ayamazz Roti Impit”.  Hatiku mula berkata, makanan baharukah?. Aku mengajak rakan-rakan yang lain untuk mencuba makanan yang baharu ini. Nampak enak sahaja apabila melihat orang lain membelinya. Aku juga tidak ketinggalan untuk mencuba.

Catatan:

Ayamazz Roti Impit adalah makanan baharu yang dikeluarkan oleh Kentucky Fried Chiken (KFC) Holding. Ayamazz Roti Impit merupakan  sejenis makanan yang diperbuat daripada roti dan diletakkan sosej ditengah-tengah roti dengan pelbagai jenis perasa seperti lada sulah dan keju. Cubalah. Sekali rasa pasti hendak lagi. J




Menarik.
Sedap.










Budi Bahasa Budaya Kita

Tarikh  : 25 Januari 2011
Hari      : Selasa
Waktu  : 4.30 petang
Tempat : Perpustakaan Tuanku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Peristiwa:
Tugasan kerja kursus semakin bertambah. Aku bersama teman baikku, Saliza ingin ke perpustakaan untuk mencari buku rujukan. Semasa dalam perjalanan, aku tidak sengaja terlanggar seorang pelajar perempuan dari arah yang bertentangan. Aku segera memohon maaf daripada pelajar tersebut tetapi hanya dibalas dengan pandangan yang sinis dan kata-kata yang kesat. Buta ke apa?” marah pelajar perempuan tersebut. Aku hanya membalas kata-kata itu dengan senyuman tipis dan terus berlalu pergi.

Catatan :
Apabila kita melakukan kesilapan kita tidak perlu merasa malu untuk meminta maaf. Segeralah memohon maaf di atas kesilapan kita itu. Namun, terpulang kepada orang tersebut sama ada mahu memaafkan ataupun tidak.  Perbuatan menengking dan memarahi orang lain yang sudah meminta maaf sememangnya tidak sopan dan boleh dianggap sebagai kurang ajar. Budi bahasa budaya kita. Jadikanlah sebagai panduan dalam kehidupan kita seharian.  J



Maafkan saya.










Khamis, 27 Januari 2011

Masihkah Kau Ingat

Tarikh  : 24 Januari 2011
Hari     : Isnin
Waktu  : 9.30 malam
Tempat : 1-9-6 Kolej Harun Aminurrashid

Peristiwa:

Lagu masihkah kau ingat nyanyian kumpulan retro Kopratasa membuai-buai perasaanku ketika ini sambil membuat tugasan. Alunan lagu mengiringi setiap bait-bait lirik yang dinyanyikan. Aku turut sama menyanyikan  lagu ini.

Penyanyi : Kopratasa
Judul: Masihkah Kau Ingat
Masihkah kau ingat
Pada waktu itu sekuntum bunga mekar
Ku selit ke rambutmu
Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Di tapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu ku gengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Di tapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu ku gengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat (8 kali)







Catatan :
Susunan ayat yang halus dan bersahaja. Lirik lagu era 80-an sememangnya bukan sekadar untuk dijadikan sebagai hiburan tetapi juga mengandungi unsur-unsur nasihat dan pedoman. Selain itu juga, lirik lagu ini mengingatkan setiap pendengar tentang kisah hidup dengan insan yang tersayang. J

Sabtu, 22 Januari 2011

Pelangi Petang

Tarikh              : 22 Januari 2011
Hari                 : Ahad
Waktu              : 5.30 petang
Tempat             : 1-9-6 Kolej Harun Aminurrashid

Peristiwa:
Aku baru sahaja selesai menjamah juadah makanan petangku iaitu pisang goreng. Ketika aku memandang ke luar, kelihatan hujan panas turun renyai-renyai. Tiba-tiba aku terpandang objek yang cantik. Pelangi! getus hatiku. SubhanALLAH, cantiknya ciptaan Tuhan. Aku terus mengambil kameraku untuk merakam detik yang bermakna ini.  

Catatan:
Pelangi ialah cahaya yang melengkung dan mempunyai tujuh warna yang pelbagai. Pelangi akan muncul apabila hujan panas turun. Nasihat orang-orang tua dahulu, ketika pelangi muncul kita tidak boleh menunjuk dengan jari telunjuk kerana dikhuatiri jari telunjuk kita akan putus. Nasihat ini hanyalah pesanan orang-orang tua. Sejauh mana kebenarannya, nasihat tersebut tidak dapat dibuktikan.



Pelangi yang indah.
Pelangi yang cantik. 








Jumaat, 21 Januari 2011

Ngangkung

Tarikh              : 21 Januari 2011
Hari                 : Jumaat
Waktu              : 11.00 malam
Tempat            : 1-9-6 Kolej Harun Aminurrashid

Peristiwa:
Jam hampir menunjukkan ke angka 11.00 malam. Aku mula terasa bosan. Aku mengambil langkah mudah untuk menghilangkan kebosananku dengan menonton cerita. Aku memilih cerita ''ngangkung" untuk ditonton. "Ngangkung?" cerita ini berkaitan dengan apa ya? desis hatiku. Setelah aku selesai menonton cerita ''ngangkung" ini, barulah aku dapat memahami dan mengerti mengenai mesej yang ingin disampaikan oleh penerbit mengenai cerita  "ngangkung" ini.

Catatan:
"Ngangkung" ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada perbuatan meminta nombor yang dilakukan oleh kaki judi dengan menyeru dan memuja syaitan.


Ngangkung.




Mencuit Hatiku

Tarikh              : 20 Januari 2011
Hari                  : Khamis
Waktu              : 5.30 petang
Tempat            : Pekan Tanjong Malim

Peristiwa:
Pada hari ini, aku bersama rakanku, Mahani telah pergi ke pekan Tanjong Malim untuk membeli sebuah periuk nasi. Ketika aku mencari-cari kedai yang menjual barangan peralatan elektrik, aku terpandang sebuah papan tanda di sebuah kedai. Papan tanda itu tertulis "Ban Yew Seng Ajen Lim Chia Hang Biskut dan Gula2". Aku tersenyum melihat papan tanda itu. Mungkin pemilik kedai ingin menjimat ruang untuk menulis perkataan 'Gula2' di papan tanda tersebut.

Catatan:
Pemilik kedai seharusnya menggunakan ejaan kata ganda yang betul dan tidak hanya meletakkan angka dua sahaja. Pemilik kedai ini telah melakukan kesalahan bahasa dan hal ini boleh mengelirukan orang ramai.



Inilah kedainya. 









Novel Perjudian Karya S.Othman Kelantan

Tarikh              : 19 Januari 2011
Hari                 : Rabu
Waktu              : 11.00 malam
Tempat            : 1-9-6 Kolej Harun Aminurrashid

Peristiwa:
Pada jam 11.00 malam, aku mula terasa bosan disebabkan komputer riba kesayanganku rosak dan terpaksa ditinggalkan di kedai untuk diperbaiki. Aku mengambil keputusan untuk membaca novel perjudian karya S. Othman Kelantan. Ketika aku leka membaca novel tersebut,  aku terlihat kesalahan penggunaan tanda baca pada halaman 16. Ayatnya seperti berikut :

        Pak Mat turun ke tanah. Dia akan ke sungai sebentar. Mandi. Dan ketika naik akan dibawanya air dua baldi besar. Atau satu tin minyak tanah. 

Catatan:
Penggunaan kesalahan tanda baca iaitu titik. Penulis meletakkan titik sebelum kata hubung ’dan’ dan ’atau’.  Penulis juga meletakkan kata hubung dipermulaan ayat. Hal seperti ini sudah menyalahi hukum tatabahasa. Seharusnya penulis tidak meletakkan titik sebelum kata hubung dan kata hubung tidak boleh hadir dipermulaan ayat.

Inilah novelnya.

Rakan Serumahku...

Tarikh              : 17 Januari 2011
Hari                  : Isnin
Waktu              : 12.00 tengah hari
Tempat            : 1-9-6 Kolej Harun Aminurrashid

Peristiwa :
Perutku mula berkeroncong. Jam sudah tepat menunjukkan 12.00 tengah hari. Aku lantas membuka bekas makanan yang sudah aku beli di kedai makan setelah pulang dari kuliah di Proton City. Kebetulan pula, rakan serumahku, Hidayah  turut ingin menjamu selera. Aku mengajak dia sekali menjamu selera bersama-sama. Ketika kami sedang menjamu selera, Hidayah bertanyakan kepadaku satu soalan. ''Kak, beli makanan dekat mana?" tanya Hidayah. Aku lantas menjawab "beli dekat kedai makan di kolej,''.

''Oh, beli dekat kedai makcik yang badan sedap-sedap tu ya," balas Hidayah. Hati dan mindaku terdetik seketika. Aku tersenyum mendengar ayat yang dinyatakan oleh Hidayah dan mengiyakan persoalan yang ditanyakan olehnya.

Catatan:
Hidayah menggunakan istilah "badan sedap-sedap" untuk menunjukkan sifat gemuk.


Inilah Hidayah. Rakan serumahku.

HAK Milik Rogayah Ahmad