Bila Rindu

Sabtu, 22 Januari 2011

Pelangi Petang

Tarikh              : 22 Januari 2011
Hari                 : Ahad
Waktu              : 5.30 petang
Tempat             : 1-9-6 Kolej Harun Aminurrashid

Peristiwa:
Aku baru sahaja selesai menjamah juadah makanan petangku iaitu pisang goreng. Ketika aku memandang ke luar, kelihatan hujan panas turun renyai-renyai. Tiba-tiba aku terpandang objek yang cantik. Pelangi! getus hatiku. SubhanALLAH, cantiknya ciptaan Tuhan. Aku terus mengambil kameraku untuk merakam detik yang bermakna ini.  

Catatan:
Pelangi ialah cahaya yang melengkung dan mempunyai tujuh warna yang pelbagai. Pelangi akan muncul apabila hujan panas turun. Nasihat orang-orang tua dahulu, ketika pelangi muncul kita tidak boleh menunjuk dengan jari telunjuk kerana dikhuatiri jari telunjuk kita akan putus. Nasihat ini hanyalah pesanan orang-orang tua. Sejauh mana kebenarannya, nasihat tersebut tidak dapat dibuktikan.



Pelangi yang indah.
Pelangi yang cantik. 








3 ulasan:

  1. Terima kasih di atas teguran :)

    BalasPadam
  2. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor dalam buku Pembentukan kata (2007 : 41), penggunaan 'ia' untuk bukan manusia atau untuk merujuk kepada sesuatu yang telah diperkatakan sebelumnya. Namun, dalam bentuk lisan mahupun tulisan tidak diterima penggunaannya dalam bahasa baku, terutamanya dalam pengajaran bahasa. Hal ini demikian kerana 'ia' digunakan hanya sebagai kata ganti nama orang.

    Di samping itu, bentuk 'ianya' sering ditemukan dalam penulisan. Bentuk ini bukanlah ganti nama diri yang baku. Hal ini demikian kerana 'ia' dan 'nya' merupakan dua kata ganti nama yang tersendiri.

    Secara kesimpulannya, penggunaan bentuk 'ianya' tidak boleh digunakan dalam penulisan dan lisan dan kedua-duanya harus digunakan secara berasingan dan merujuk kepada manusia sahaja.

    BalasPadam

HAK Milik Rogayah Ahmad