Bila Rindu

Sabtu, 12 Februari 2011

Bahasa

Tarikh  :  8 Februari 2011
Hari      : Selasa
Waktu  : 6.30 petang
Tempat : Blok satu aras dua Kolej Harun Aminurrashid, UPSI.

Peristiwa:
Tugas aku di kolej ialah sebagai rakan Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan. Aku telah ditugaskan untuk menjaga kebajikan pelajar di blok satu aras dua. Ketika aku sedang menunggu pintu lif bergerak ke aras dua untuk bertanyakan keadaan pelajar sama ada sihat atau tidak, aku terpandang sebuah notis yang berkaitan dengan perkhidmatan mencetak. Apabila aku membaca notis tersebut, terdapat kesalahan bahasa yang digunakan oleh penulis notis. Contoh ayat yang digunakan ialah  jangan habeskan tenaga” dan saya ade menawarkan”. Aku tersenyum dan menggelengkan kepala melihat kesalahan bahasa yang terdapat dalam notis tersebut.

Catatan :
Penulis notis menggunakan huruf “e” pada perkataan “habeskan” dan “ade”. Sepatutnya penulis notis menggunakan huruf “a” dalam kata tersebut. Berkemungkinan penulis notis ingin menampakkan kelainan pada notis tersebut dan mengajukkan perkataan yang sering digunakan dalam bahasa seharian bersama rakan-rakan. Namun sebagai seorang mahasiswa, kita haruslah menggunakan bahasa dengan betul. 


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK Milik Rogayah Ahmad