Tarikh : 26 Februari 2011
Hari : Sabtu
Waktu : 11.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI
Peristiwa:
Pada hari ini aku telah pergi ke perpustakaan Tuanku Bainun kerana terdapat perbincangan dengan teman sekumpulanku. Semasa di perpustakaan, aku tidak menyangka akan menyaksikan satu adegan yang sungguh menyayat hati. Seorang teman sedang membuli temannya sendiri. “Kau ni, badan je besar tapi lembik.” Namun temannya itu hanya tunduk dan mendiamkan diri. Beberapa ketika aku lihat si teman menitiskan air matanya.
Catatan :
Berdasarkan cerita tersebut, jelas menggambarkan sikap tidak sopan seseorang itu dalam berbahasa. Kita tidak boleh mengherdik orang sesuka hati walaupun orang itu kurang sempurna pada pandangan kita. Kata-kata hinaan yang diberikan benar-benar mengguris hati si teman sehingga menumpahkan air matanya. J
![]() |
Hargailah sahabat kita |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan