Tarikh : 14 Februari 2011
Hari : Isnin
Waktu : 5.30 petang
Tempat : Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Peristiwa:
Aku bersama rakanku, Saliza telah pergi ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk mengambil semula kertas kerja yang telah dihantar kepada Puan Leela Chakrabarty untuk tujuan pengesahan. Nasib kami agak baik kerana Puan Leela ada di dalam biliknya. Setelah kami meminta izin untuk masuk ke dalam biliknya, Puan Leela mempersilakan kami untuk duduk. Ketika Puan Leela menyemak kembali kertas kerja kami, satu perkataan yang aku sangat tertarik apabila Puan Leela mengujarkannya iaitu kata “cap”. “Saya belum cap lagi kertas kerja kamu kerana saya inginkan sebuah lagi salinan kertas kerja untuk dihantar ke bahagian akademik”, ujar Puan Leela.
Catatan:
Walaupun Puan Leela merupakan seorang pensyarah bahasa Inggeris dan berketurunan India, beliau masih lagi menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Perkataan “cap” yang diujarkan oleh beliau menunjukkan beliau amat peka dengan bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 246), cap ialah alat untuk menurunkan bekas atau kesan tanda tangan dengan menekannya di atas kertas. Namun kebanyakan masyarakat kita masih menggunakan perkataan “cop” untuk tujuan mendapatkan pengesahan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 288), cop mempunyai dua maksud iaitu sejenis alat untuk menggali tanah atau sejenis alat yang digunakan untuk mengupas kelapa. Seharusnya kita sebagai penutur bahasa Melayu harus peka dengan setiap maksud perkataan. J
![]() |
Cap |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan