Bila Rindu

Sabtu, 12 Februari 2011

Bas

Tarikh  : 10 Februari 2011
Hari      : Khamis
Waktu  :  7.30 pagi
Tempat : Perhentian bas Kolej Ungku Omar

Peristiwa:
Aku dan teman-teman sekelas mahu menghadiri kuliah di Proton City. Ketika kami menanti bas untuk bergerak, tiba-tiba aku terdengar seorang pelajar lelaki yang duduk berhampiran denganku menjerit memarahi pemandu bas. “Woi, cepat la jalan!”. Aku menjangkakan pemandu bas tersebut akan dengar, namun bas masih juga tidak bergerak sehinggalah seorang pelajar lelaki lain tampil ke tempat pemandu bas dan memintanya bergerak ke destinasi kami.

Catatan :
Perbuatan pelajar tersebut agak kurang sopan dan boleh dikatakan sebagai kurang ajar dan biadap. Sepatutnya dia bertindak seperti seorang lagi pelajar yang pergi menghampiri pemandu bas tersebut dan memintanya untuk segera bertolak ke destinasi yang ingin dituju. Begitulah contoh yang sewajarnya ditunjukkan oleh seorang insan yang bakal menjadi seorang guru kelak. J



Berbudi bahasa amalan kita


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK Milik Rogayah Ahmad