Bila Rindu

Sabtu, 12 Februari 2011

Ek

Tarikh  : 9 Februari 2011
Hari      : Rabu
Waktu   :  8.30 malam
Tempat : 1-9-6 Kolej Harun Aminurrashid

Peristiwa:
Aku tertawa kecil melihat pesanan ringkas yang dihantar oleh temanku yang berasal daripada Johor dan belajar di universiti yang sama denganku. Kenapa agaknya aku tertawa?. Ayatnya seperti berikut, pukul berapa nak datang amek ek?”. Ek”?. Aku berasal dari Johor Baharu. Bahasa di Johor ada kelainannya sedikit. Jika ingin mengenali orang Johor mudah sahaja. Kebanyakan orang yang berasal daripada Johor akan menggunakan perkataaan ek” ketika berkomunikasi.

Catatan:
Perkataan ek” digunakan untuk menanyakan seseorang tentang sesuatu perkara. Contohnya,  “Siapa yang menjuarai pertandingan nyanyian itu ek?. Agak lucu bunyinya. Namun, bagi masyarakat di Johor, perkataan “ek” sudah biasa digunakan dalam bahasa harian. J




Saya sayang Johor






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK Milik Rogayah Ahmad