Bila Rindu

Sabtu, 12 Februari 2011

Kucing

Tarikh  : 12 Februari 2011
Hari      : Sabtu
Waktu   :  4.00 petang
Tempat : Perhentian bas Kolej Ungku Omar

Peristiwa:
Pada pukul empat petang, aku bersama rakanku, Saliza menunggu bas untuk pergi ke pekan. Sedang aku menunggu bas tiba, berlaku satu adegan yang menyayat hati di hadapan mataku. Seekor anak  kucing dilanggar oleh sebuah kereta. Mungkin pemandu kereta itu tidak menyedari kejadian itu dan terus berlalu pergi. Pada masa yang sama seorang pelajar perempuan yang turut sama melihat kejadian itu menitiskan air mata dan berkata “zalimnya, buta agaknya”. Aku yang mendengarnya  terkedu seketika.

Catatan :
Setiap insan haruslah mempunyai sikap berperikemanusiaan dan kasih sayang dalam diri tidak kira sesama manusia mahupun dengan haiwan. Namun mungkin bukan salah pemandu tersebut kerana anak kucing itu kecil dan melintas jalan secara tiba-tiba. Bukan selayaknya kita yang sekadar manusia biasa untuk menilai buruk baiknya seseorang insan itu. Adakalanya kita juga  tidak bertindak sewajarnya tanpa kita sedari. J





Comel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK Milik Rogayah Ahmad