Bila Rindu

Isnin, 21 Februari 2011

Berbudi Bahasa

Tarikh  : 16 Februari 2011
Hari      : Rabu
Waktu   : 9 : 50 pagi
Tempat : Proton City

Peristiwa:
Aku memegang jawatan sebagai Setiausaha Seketeriat Rakan Muda Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pada hari ini, aku telah ditugaskan untuk  berhubung dengan Kementerian Belia dan Sukan bagi mengadakan lawatan ke sana. Ketika aku berhubung dengan pegawai yang bertugas, aku telah menerangkan tujuan Seketeriat Rakan Muda UPSI untuk mengadakan lawatan ke sana. Setelah selesai aku memberikan penerangan dengan menggunakan bahasa Melayu baku, pegawai tersebut telah memperlekehkan bahasa Melayu baku yang telah aku gunakan. “Kamu ni macam pemberita cakapnya”, kata pegawai tersebut.

Catatan:

Ketika berurusan dengan pihak kerajaan, kita haruslah menggunakan bahasa Melayu baku dengan baik untuk menunjukan rasa hormat kita kepada pihak yang berkenaan. Namun apabila penggunaan bahasa yang betul diperlekehkan, tidak dapat dipastikan bahawa  adakah pihak tersebut tidak diberikan kursus mengenai cara berbahasa yang baik ketika  melayan pelanggan?. Renung-renungkanlah. J

Amalkan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK Milik Rogayah Ahmad