Bila Rindu

Isnin, 21 Februari 2011

Nabi Muhammad S.A.W.

Tarikh  : 15 Februari 2011
Hari      : Selasa
Waktu  :  5.30 petang
Tempat : 1-9-6 Kolej Harun Aminurrashid

Peristiwa:
15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabiulawwal 1432 Hijrah merupakan tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Pada hari ini kita digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan menyedekahkan Al-Fatihah. Aku telah membuka sebuah rencana yang mengisahkan ketokohan Nabi Muhammad. Apabila aku asyik membaca rencana tersebut, aku begitu kagum dengan gaya penulisan yang dikarang oleh penulisnya iaitu Ismail Ahmad. Antara contoh ayat yang dihasilkan ialah :
                
                Sejak dahulu lagi ramai sarjana dan ilmuwan sama ada yang berasal dari negara Islam mahupun Barat, yang menulis mengenai ketokohan dan kehebatan Rasulullah S.A.W. Pelbagai dimensi dikaji dan ternyata melalui semua segi Nabi Muhammad menampakkan kejituan sebagai Rasul yang tidak boleh diatasi oleh sesiapapun.  Semakin ditulis dan dikaji, semakin banyak terserlah kewibawaannya sehingga apa-apa sahaja buku yang dihasilkan mengenai Nabi Muhammad memercikkan aura keterujaan kepada setiap pembaca untuk terus menatapnya. Begitulah aroma keberkatan Nabi Muhammad.  Malah, tiada seorang tokoh pun di dunia yang setanding dengan Nabi Muhammad yang sejarah perjalanan hidupnya dirangkum dalam aneka bidang keilmuan sehingga kita terpesona lalu menerjah kotak fikiran untuk terus   menggali khazanah perbendaharaan hikmah di sebaliknya.

Catatan:
Melalui penulisan rencana di atas, kita dapat melihat bahawa penulis menggunakan kosa kata yang jarang digunakan di dalam sesebuah penulisan. Contohnya kosa kata aroma keberkatan, menerjah kotak fikiran dan menggali khazanah perbendaharaan. Penulis amat bijak dalam memainkan kosa kata untuk menjadikan penulisannya tampak menarik dan unik. J


Selawat 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK Milik Rogayah Ahmad